Ahad, Mac 08, 2009 at 12:19:00 PG |  

Pergolakan politik di Perak semakin meruncing sejak kebelakangan ini lantaran rampasan kuasa oleh kerajaan BN daripada Pakatan Rakyat. Isu ketidakstabilan di perak akan menyebabkan kestabilan politik Negara amnya tidak stabil dengan kecelaruan antara pemimpin-pemimpin parti utama di Negara ini. Jika ditanya kepada orang BN mengapa terjadi sedemikian, pasti jawapan mereka kesalahan terletak di pembangkang manakala jika ditanya kepada PR mesti jawapan mereka BN adalah puncanya..justeru kesalahan itu susah untuk dikenalpasti...saya rasa cara yang paling elok adalah mengadakan kembali pilihanraya kecil Perak supaya semua orang berpuas hati sesuai dengan kemahuan rakyat perak ketika ini. BN janganlah berkeras hati...

Tambahan lagi, seorang pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhamad Nadzri Mohamed Noor mempersoalkan tindakan pemansuhan kedudukan Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak tanpa melalui proses perundangan, yakni tanpa membuat persidangan Dun bagi membawa usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar atau tanpa diputuskan mahkamah diragui tahap kesahihannya.

"Selain itu, sebelum pelantikan Dato' Dr Zamry, Nizar pernah memohon pembubaran Dun kepada Sultan Perak. Meskipun baginda mempunyai kuasa budi bicara, namun kuasa beliau sebagai Sultan juga adalah kuasa rasmi dan simbolik yakni beliau bertindak atas nasihat Menteri Besar," katanya lagi.

"Selepas segala kesamar-samaran status perundangan dan kuasa yang dibangkitkan, adakah perlantikan Dr Zambry dari BN sebagai Menteri Besar Perak oleh Sultannya adalah sah?

"Selagi isu-isu atau persoalan undang-undang ini yang tidak diselesaikan oleh pihak yang berwajib, khasnya mahkamah, legitimasi kerajaan baru boleh dipertikaikan dari pelbagai sudut (khasnya dari sudut undang-undang dan struktur politik)," ujar Nazri lagi.

Ini kerana katanya, keadaan tersebut boleh menyebabkan ketidakstabilan politik di Perak menjadi bertambah serius. Katanya lagi, meskipun BN kini tidak lagi hegemonik, tetapi ianya dilihat masih dominan dan berkuasa.

"Dengan kekuasaan ini, jika dilakukan secara strategik dan bijaksana, BN mampu mengukuh kembali kedudukan, melambat-lambatkan perubahan atau menghapuskan penentangan walaupun keadaan-keadaan ini tidaklah eksklusif. Namun jika tersilap langkah, strategi yang dilakukan boleh memakan diri," katanya.

Hal ini tambah beliau, bergantung kepada kematangan politik masyarakat Malaysia akhir-akhir ini. Justeru ujarnya, apa yang ditetapkan melalui institusi negara, tidak semestinya menghasilkan kepatuhan atau kepercayaan masyarakatnya.

"Tetapi dalam masa terdekat ia mungkin boleh menafikan realiti sebenar yakni dengan menolak gelombang perubahan, namun pada masa 'near future' ia mungkin melakarkan impak yang sebaliknya," ujarnya lagi.

Oleh yang demikian Nazri mengharapkan tindakan lompat parti di kalangan ahli politik tidak menjadi budaya pemimpin Malaysia kerana ia akan menggugat kestabilan politik negara dan menafikan hasrat serta mandat pengundi yang telah diberikan semasa pilihan raya.

"Biarlah proses yang paling demokratik yakni pilihan raya, yang menentukan siapa yang berhak untuk menduduki jawatan dalam pemerintahan. Ataupun jika timbul pertikaian diselesaikan dalam mahkamah yang bebas," katanya.

Posted by shalalah

0 comments: