Khamis, September 30, 2010 at 8:24:00 PTG | 0 comments  
Antara sebab kejadian kiamat yg dikaji Ilmuan masa kini
(hentaman asteroid ke atas bumi)

Apocalypse adalah bermaksud hari kiamat. Di barat hr kiamat di tujukan dengan pelbagai nama. Antaranya Armageddon, The end of the world dan byak lagi. Di dalam buku tulisan Muhammad Elexander Armageddon 2012 bagus untuk umat islam megetahui dan mengkaji kronologi berlakunya hr akhirat. Antara kronologi berlakunya hr kiamat drpd pendapat Yusuf bin Abdulllah bin Yusuf Al-Wabil, M.A. di dalam bukunya yg berjudul " Asyratus Sa'ah" iaitu tanda-tanda kiamat, beliau menyusun kronologi kiamat seperti berikut:
1) Munculnya Al-Mahdi 2) Munculnya Al-masih Dajal 3) Turunnya Isa Al-Masih 4) Keluarnya Yakjuj dan Makjuj 5) Gempa bumi di tiga wilayah 6) Munculnya Ad-dukhan 7) Terbitnya matahari dr barat 8) Keluarnya binatang dr perut bumi 9) Api yang mengumpulkan manusia Drpd semua tanda yg beliau gariskan ini, kita sebagai umat islam yang imannya tungang- terbalik harus ambil iktibar dan berusaha meningkatkn amalan yg soleh bg menghadapi hr tersebut. Nabi juga menggariskan kita supaya menghadapi hr tersebut dengan hadis baginda yg bermaksud: "Sekiranya hr kiamat hampir terjadi, sedangkan di tangan salah seorang antara kamu ada biji kurma, sekiranya dia mampu menanam sebelum terjadi kiamat, maka hendaklah dia menanamnya" Hadis riwayat Hisyam bin Yazid drpd Anas (direkodkan Imam Ahmad, Imam Bukhari dan Ibnu Arabi) Drpd perbincangan diatas harap saudara dpt mengambil peluang mendalami dan mengkaji tanda-tanda hr kiamat supaya kita berwaspada dan tidak alpa dengan kemewahan dunia dengan pelbagai bentuk method dan cara sesuai dengan zaman serba moden ini.
Posted by shalalah
Khamis, April 01, 2010 at 4:15:00 PG | 0 comments  
Pemandangan di atas puncak Bukit Bendera

Monyet memberi sokongan moral

memenatkan lah!!!!

Bergambar ketika berehat

Berehat lagi

perjalanan hari tu untuk mendaki bukit bendera memang mencabar..tapi seronok jgk sebab pertama kali hiking bukit bendera...x lah tinggi mana...tapi sekali mendaki peluh memang bercerau...bersama 2 org engineer dan seorang Sr. tech toray, kami berjaya menakluk puncak bukit dalam pukul 1:30 ptg...hampir 4 jam jgk perjalanan kerana byak rehat semasa pendakian...hahahaha
Posted by shalalah
Ahad, Februari 07, 2010 at 8:03:00 PG | 0 comments  
Bila kita sebut kapel, pasti kata x baik lah apa lah...tapi dalam diam orang yang mengatakan tak baik tu lah yang kapel..dimana silapnya..setiap manusia yang lahir di dunia nie berkeinginan untuk menemukan seseorang yang menjadi pendamping diri dari kaum yang berlainan jenis darinya...aku pon sama..hehehehe..kalu x, x normallah..tapi sampai sekarng tak jumpa lagi..kapel sebenarnya x baik tapi sekarang dah menjadi satu budaya...kalu aku buka facebook...lepas ak tengok member in a relationship...semua kata congrate lah apa lah...benda tu benda maksiat..apa yang nk di congrate nya...kalu tunang ka kahwin ka...congrate lah..nie baru betul...macam tu pon x leh pikiaq...mengaji tinggi2 tapi benda macam tu x leh bezakan...nie lah dikatakan budaya x baik...aku harap sapa yang baca nie renungkanlah..

Benda 'congrate' tu lah yang ak x puas hati dari dulu lagi dengan member2 kat facebook bila seseorang tu kapel..ish tension tengok..satu lagi benda kapel tu x elok...buat apa nk heboh2 kat org dalam facebook...kalu dah kapel tu sengap ja lah...nie dok heboh2 dalam facebook siap bangga lagi tu..
Posted by shalalah
Sebenarnya alam dewasa banyak cabaran dan dugaan. Banyak perkejaan yang datang mencari kita samada kita menempuhnya dengan baik atau sebaliknya..kerja kalu nk ikut dari sudut semasa memang susah nk dapatkan nya tambahan lagi banyak geraduan menganggur..sincerely saya katakan bukan tiada kerja di luar sana tetapi graduan nie memang memilih pekerjaan..semamsa di alam pekerjaan fist benda yang kita mesti alert adalah politik di tempat kerja..Ini disebabkan dengan politiklah jatuh bangunnya seseorang pekerja di tempat kerja...bukannya hanya kita mendengar politik parti di negara kita saja malah di tempat kerja sendiri ada politik yang perlu kita fahami..

second, di tempat kerja kita mesti mengambil jalan ramah mesra diantara pekerja yang lain supaya kita dapat merasakan suasana kerja itu..Jika tidak kita tak mungkin dapat melakukan kerja itu dengan baik walaupun graduan itu lulus dengan CGPA 4.0 sekalipon..
Posted by shalalah
Isnin, September 28, 2009 at 8:36:00 PG | 0 comments  
hmmm...hidup nie penuh dgn cabaran...kekadang ak rasa tension bila kenang balik benda dahulu...ak terpaksa tahan lah..nie kan dah sem last ak..tinggal berapa bulan lagi...lps nie ak nak lupakan semua benda...dan yang penting ak pernah bekerjasama dalam satu team tu ak nk lupakan...Ya allah tolonglah aku...aku still nk seorng yg cintakan mu...
Posted by shalalah
pertama kali ak bukak balik blog nie...terasa nk menulis balik..kekadang rasa x cukup masa...yalah...lanie ak dah sem last belajar...insyaalh...lps nie practical...ak harap2 kan lah dpt tempat practikal yg best dan happening..
lanie ak dok tgh pening design crystallizer...final year projek...doakan lah...
Posted by shalalah
Masuk kerosakan dalam diri manusia itu kerana beberapa perkara yang perlu manusia itu hindarkan. Kerosakan inilah yang menyebabkan manusia jauh dari agama dan akhirnya menjadikan agama itu sebagai sekular. Apa yang terjadi di barat haruslah kita ambil iktibar supaya agama yang kita anuti ini bukan sahaja sebagai anutan biasa tetapi sebagai cara hidup dan kita jadikan sebagai landasan untuk batas-batas kehidupan. Antara tabiat yang harus diambil perhatian dan dijauhi adalah:
1. Tabiat yang sakit iaitu memakan makanan yang haram dan menjauhi memakan makanan yang syubhah.
2. Menzalimi kebiasaan atau adat.
3. Kawan yang rosak.
Posted by shalalah

Pergolakan politik di Perak semakin meruncing sejak kebelakangan ini lantaran rampasan kuasa oleh kerajaan BN daripada Pakatan Rakyat. Isu ketidakstabilan di perak akan menyebabkan kestabilan politik Negara amnya tidak stabil dengan kecelaruan antara pemimpin-pemimpin parti utama di Negara ini. Jika ditanya kepada orang BN mengapa terjadi sedemikian, pasti jawapan mereka kesalahan terletak di pembangkang manakala jika ditanya kepada PR mesti jawapan mereka BN adalah puncanya..justeru kesalahan itu susah untuk dikenalpasti...saya rasa cara yang paling elok adalah mengadakan kembali pilihanraya kecil Perak supaya semua orang berpuas hati sesuai dengan kemahuan rakyat perak ketika ini. BN janganlah berkeras hati...

Tambahan lagi, seorang pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhamad Nadzri Mohamed Noor mempersoalkan tindakan pemansuhan kedudukan Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak tanpa melalui proses perundangan, yakni tanpa membuat persidangan Dun bagi membawa usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar atau tanpa diputuskan mahkamah diragui tahap kesahihannya.

"Selain itu, sebelum pelantikan Dato' Dr Zamry, Nizar pernah memohon pembubaran Dun kepada Sultan Perak. Meskipun baginda mempunyai kuasa budi bicara, namun kuasa beliau sebagai Sultan juga adalah kuasa rasmi dan simbolik yakni beliau bertindak atas nasihat Menteri Besar," katanya lagi.

"Selepas segala kesamar-samaran status perundangan dan kuasa yang dibangkitkan, adakah perlantikan Dr Zambry dari BN sebagai Menteri Besar Perak oleh Sultannya adalah sah?

"Selagi isu-isu atau persoalan undang-undang ini yang tidak diselesaikan oleh pihak yang berwajib, khasnya mahkamah, legitimasi kerajaan baru boleh dipertikaikan dari pelbagai sudut (khasnya dari sudut undang-undang dan struktur politik)," ujar Nazri lagi.

Ini kerana katanya, keadaan tersebut boleh menyebabkan ketidakstabilan politik di Perak menjadi bertambah serius. Katanya lagi, meskipun BN kini tidak lagi hegemonik, tetapi ianya dilihat masih dominan dan berkuasa.

"Dengan kekuasaan ini, jika dilakukan secara strategik dan bijaksana, BN mampu mengukuh kembali kedudukan, melambat-lambatkan perubahan atau menghapuskan penentangan walaupun keadaan-keadaan ini tidaklah eksklusif. Namun jika tersilap langkah, strategi yang dilakukan boleh memakan diri," katanya.

Hal ini tambah beliau, bergantung kepada kematangan politik masyarakat Malaysia akhir-akhir ini. Justeru ujarnya, apa yang ditetapkan melalui institusi negara, tidak semestinya menghasilkan kepatuhan atau kepercayaan masyarakatnya.

"Tetapi dalam masa terdekat ia mungkin boleh menafikan realiti sebenar yakni dengan menolak gelombang perubahan, namun pada masa 'near future' ia mungkin melakarkan impak yang sebaliknya," ujarnya lagi.

Oleh yang demikian Nazri mengharapkan tindakan lompat parti di kalangan ahli politik tidak menjadi budaya pemimpin Malaysia kerana ia akan menggugat kestabilan politik negara dan menafikan hasrat serta mandat pengundi yang telah diberikan semasa pilihan raya.

"Biarlah proses yang paling demokratik yakni pilihan raya, yang menentukan siapa yang berhak untuk menduduki jawatan dalam pemerintahan. Ataupun jika timbul pertikaian diselesaikan dalam mahkamah yang bebas," katanya.

Posted by shalalah
Sabtu, Mac 07, 2009 at 1:44:00 PG | 0 comments  
Tidak banyak keterangan yang didapati tentang kisah Nabi Idris di dalam Al-Quran mahupun dalam kitab-kitab Tafsir dan kitab-kitab sejarah nabi-nabi.Di dalam Al-Quran hanya terdapat dua ayat tentang Nabi Idris iaitu dalam surah Maryam ayat 56 dan 57: "Dan ceritakanlah { hai Muhammad kepada mereka , kisah } Idris yang terdapat tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. 57 - Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi." { Maryam : 56 - 57 }

Nabi Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam a.s. putera dari Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam A.S. dan adalah keturunan pertama yang dikurniai kenabian menjadi Nabi setelah Adam dan Syith. Menurut kitab tafsir 1000 tahun selepas Nabi Adam a.s wafat.

Nabi Idris dianugerahkan kepandaian di dalam pelbagai disiplin ilmu kemahiran serta mencipta peralatan yang digunakan manusia sekarang ini seperti penulisan, matematik, astronomi, dan lain-lain lagi. Menurut sebuah kisah, terdapat satu masa di mana kebanyakan manusia telah melupakan tuhan, dan bumi telah dihukum dengan kemarau. Walaubagaimanapun, Nabi Idris a.s. telah berdoa ke hadrat Allah s.w.t. dan berakhirlah musim kemarau tersebut dengan turunnya hujan.

Nabi Idris menurut sementara riwayat bermukim di Mesir di mana ia berdakwah untuk agama Allah mengajarkan tauhid dan beribadat menyembah Allah serta memberi beberapa pendoman hidup bagi pengikut-pengikutnya agar menyelamat diri dari seksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Ia hidup sampai usia 82 tahun.

Menurut sebuah buku The Prophet of God Enoch: Nabiyullah Idris, Idris ialah nama Arab bagi Enoch. Beliau dinyatakan di dalam Al-Quran sebagai manusia yang dipilih oleh Allah s.w.t. sehingga beliau diangkat ke langit.

Satu kepercayaan yang tidak dipastikan kesahihannya mengatakan bahawa piramid telah dibina sebagai merujuk kepada Nabi Idris a.s., kerana di kawasan itulah di mana beliau diangkat ke langit.

Nabi Idris Naik ke Langit

Diriwayatkan Nabi Idris as. telah naik ke langit pada hari Isnin. Peristiwa naiknya Nabi Idris as. ke langit ini, telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran. Firman Allah SWT bermaksud:

“Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah, Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.”
(Maryam: 56-57)

Nama Nabi Idris as. yang sebenarnya adalah ‘Akhnukh’. Sebab beliau dinamakan Idris, kerana beliau banyak membaca, mempelajari (tadarrus) kitab Allah SWT.

Setiap hari Nabi Idris menjahit qamis (baju kemeja), setiap kali beliau memasukkan jarum untuk menjahit pakaiannya, beliau mengucapkan tasbih. Jika pekerjaannya sudah selesai, kemudian pakaian itu diserahkannya kepada orang yang menempahnya dengan tanpa meminta upah. Walaupun demikian, Nabi Idris masih sanggup beribadah dengan amalan yang sukar untuk digambarkan. Sehingga Malaikat Maut sangat rindu berjumpa dengan beliau.

Kemudian Malaikat Maut bermohon kepada Allah SWT, agar diizinkan untuk pergi menemui Nabi Idris as. Setelah memberi salam, Malaikat pun duduk.

Nabi Idris as. mempunyai kebiasaan berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu berbuka telah tiba, maka datanglah malaikat dari Syurga membawa makanan Nabi Idris, lalu beliau menikmati makanan tersebut.

Kemudian baginda beribadah sepanjang malam. Pada suatu malam Malaikat Maut datang menemuinya, sambil membawa makanan dari Syurga. Nabi Idris menikmati makanan itu. Kemudian Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai tuan, marilah kita nikmati makanan ini bersama-sama.” Tetapi Malaikat itu menolaknya.

Nabi Idris terus melanjutkan ibadahnya, sedangkan Malaikat Maut itu dengan setia menunggu sampai terbit matahari. Nabi Idris merasa hairan melihat sikap Malaikat itu.

Kemudian beliau berkata: “Wahai tuan, mahukah tuan bersiar-siar bersama saya untuk melihat keindahan alam persekitaran? Malaikat Maut menjawab: Baiklah Wahai Nabi Allah Idris.”

Maka berjalanlah keduanya melihat alam persekitaran dengan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan hidup di situ. Akhirnya ketika mereka sampai pada suatu kebun, maka Malaikat Maut berkata kepada Nabi Idris as.: “Wahai Idris, adakah tuan izinkan saya untuk mengambil ini untuk saya makan? Nabi Idris pun menjawab: Subhanallah, mengapa malam tadi tuan tidak mahu memakan makanan yang halal, sedangkan sekarang tuan mahu memakan yang haram?”

Kemudian Malaikat Maut dan Nabi Idris meneruskan perjalanan mereka. Tidak terasa oleh mereka bahawa mereka telah bersiar-siar selama empat hari. Selama mereka bersahabat, Nabi Idris menemui beberapa keanehan pada diri temannya itu. Segala tindak-tanduknya berbeza dengan sifat-sifat manusia biasa. Akhirnya Nabi Idris tidak dapat menahan hasrat ingin tahunya itu.

Kemudian beliau bertanya: “Wahai tuan, bolehkah saya tahu, siapakah tuan yang sebenarnya? Saya adalah Malaikat Maut.”

“Tuankah yang bertugas mencabut semua nyawa makhluk?”

“Benar ya Idris.”

“Sedangkan tuan bersama saya selama empat hari, adakah tuan juga telah mencabut nyawa-nyawa makhluk?”

“Wahai Idris, selama empat hari ini banyak sekali nyawa yang telah saya cabut. Roh makhluk-makhluk itu bagaikan hidangan di hadapanku, aku ambil mereka bagaikan seseorang sedang menyuap-nyuap makanan.”

“Wahai Malaikat, apakah tujuan tuan datang, apakah untuk ziarah atau untuk mencabut nyawaku?”

“Saya datang untuk menziarahimu dan Allah SWT telah mengizinkan niatku itu.”

“Wahai Malaikat Maut, kabulkanlah satu permintaanku kepadamu, iaitu agar tuan mencabut nyawaku, kemudian tuan mohonkan kepada Allah agar Allah menghidupkan saya kembali, supaya aku dapat menyembah Allah Setelah aku merasakan dahsyatnya sakaratul maut itu.”

Malaikat Maut pun menjawab: “Sesungguhnya saya tidaklah mencabut nyawa seseorang pun, melainkan hanya dengan keizinan Allah.”

Lalu Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut, agar ia mencabut nyawa Idris as. Maka dicabutnyalah nyawa Idris saat itu juga. Maka Nabi Idris pun merasakan kematian ketika itu.

Di waktu Malaikat Maut melihat kematian Nabi Idris itu, maka menangislah ia. Dengan perasaan hiba dan sedih ia bermohon kepada Allah supaya Allah menghidupkan kembali sahabatnya itu. Allah mengabulkan permohonannya, dan Nabi Idris pun dihidupkan oleh Allah SWT kembali.

Kemudian Malaikat Maut memeluk Nabi Idris, dan ia bertanya: “Wahai saudaraku, bagaimanakah tuan merasakan kesakitan maut itu? Bila seekor binatang dilapah kulitnya ketika ia masih hidup, maka sakitnya maut itu seribu kali lebih sakit daripadanya. Padahal-kelembutan yang saya lakukan terhadap tuan, ketika saya mencabut nyawa tuan itu, belum pernah saya lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan. Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai permintaan lagi kepada tuan, iaitu saya sungguh-sungguh berhasrat melihat Neraka, supaya saya dapat beribadah kepada Allah SWT lebih banyak lagi, setelah saya menyaksikan dahsyatnya api neraka itu. Wahai Idris as. saya tidak dapat pergi ke Neraka jika tanpa izin dari Allah SWT.”

Akhirnya Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut agar ia membawa Nabi Idris ke dalam Neraka. Maka pergilah mereka berdua ke Neraka. Di Neraka itu, Nabi Idris as. dapat melihat semua yang diciptakan Allah SWT untuk menyiksa musuh-musuh-Nya. Seperti rantai-rantai yang panas, ular yang berbisa, kala, api yang membara, timah yang mendidih, pokok-pokok yang penuh berduri, air panas yang mendidih dan lain-lain.

Setelah merasa puas melihat keadaan Neraka itu, maka mereka pun pulang. Kemudian Nabi Idris as. berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai hajat yang lain, iaitu agar tuan dapat menolong saya membawa masuk ke dalam Syurga. Sehingga saya dapat melihat apa-apa yang telah disediakan oleh Allah bagi kekasih-kekasih-Nya. Setelah itu saya pun dapat meningkatkan lagi ibadah saya kepada Allah SWT. Saya tidak dapat membawa tuan masuk ke dalam Syurga, tanpa perintah dari Allah SWT.” Jawab Malaikat Maut.

Lalu Allah SWT pun memerintahkan kepada Malaikat Maut supaya ia membawa Nabi Idris masuk ke dalam Syurga.

Kemudian pergilah mereka berdua, sehingga mereka sampai di pintu Syurga dan mereka berhenti di pintu tersebut. Dari situ Nabi Idris dapat melihat pemandangan di dalam Syurga. Nabi Idris dapat melihat segala macam kenikmatan yang disediakan oleh Allah SWT untuk para wali-waliNya. Berupa buah-buahan, pokok-pokok yang indah dan sungai-sungai yang mengalir dan lain-lain.

Kemudian Nabi Idris berkata: “Wahai saudaraku Malaikat Maut, saya telah merasakan pahitnya maut dan saya telah melihat dahsyatnya api Neraka. Maka mahukah tuan memohonkan kepada Allah untukku, agar Allah mengizinkan aku memasuki Syurga untuk dapat meminum airnya, untuk menghilangkan kesakitan mati dan dahsyatnya api Neraka?”

Maka Malaikat Maut pun bermohon kepada Allah. Kemudian Allah memberi izin kepadanya untuk memasuki Syurga dan kemudian harus keluar lagi. Nabi Idris pun masuk ke dalam Syurga, beliau meletakkan kasutnya di bawah salah satu pohon Syurga, lalu ia keluar kembali dari Syurga. Setelah beliau berada di luar, Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut, aku telah meninggalkan kasutku di dalam Syurga.

Malaikat Maut pun berkata: Masuklah ke dalam Syurga, dan ambil kasut tuan.”

Maka masuklah Nabi Idris, namun beliau tidak keluar lagi, sehingga Malaikat Maut memanggilnya: “Ya Idris, keluarlah!. Tidak, wahai Malaikat Maut, kerana Allah SWT telah berfirman bermaksud:

“Setiap yang berjiwa akan merasakan mati.”
(Ali-Imran: 185)

Sedangkan saya telah merasakan kematian. Dan Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi Neraka itu.”
(Maryam: 71)

Dan saya pun telah mendatangi Neraka itu. Dan firman Allah lagi yang bermaksud:

“... Dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya (Syurga).”
(Al-Hijr: 48)

Maka Allah menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut itu: “Biarkanlah dia, kerana Aku telah menetapkan di azali, bahawa ia akan bertempat tinggal di Syurga.”

Allah menceritakan tentang kisah Nabi Idris ini kepada Rasulullah SAW dengan firman-Nya bermaksud:

“Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (Maryam: 56-57)
Posted by shalalah
Rabu, Februari 04, 2009 at 5:26:00 PG | 0 comments  

About 23 days Zionist (Israel) invades and destroyed the Palestine. Palestinians are cruelly killed by this Zionist without feel any mercy and pity. They slaughter them as animal without feeling anything. Are this Zionist worst or cruel?...in the holy Quran...God has mentioned that this Zionist are not satisfied with the Muslim until hereafter. They will envy Muslim and kill the Muslim.. although they already know the Quran and Islam is the truth religion in the world. They actually afraid with Muslim...hence, in the Palestine they want to wipe out the community there. This Zionist will not satisfied what they have unless Muslim community in the world obey and follow their instruction...Actually world are not controlling by Americas but this Israel.

According to my lecturer, Israel has dominating the world by their products. As a Muslim we have to boycott their products. But my lecturer tries to make us hesitate about our daily consumed product as nestle. Are we tried to avoid it forever. I’am afraid we can’t. So as new generation of Muslim community in the world, we must equip ourselves with knowledge. With knowledge Muslim will conquer the world from economics, technology, trade, transportation and more. And lastly, this Zionist will defeated...

Posted by shalalah