Selasa, Disember 09, 2008 at 6:58:00 PTG |  

Yoga

Hasil penyelidikan seorang professor dari sebuah institusi pengajian tinggi tempatan telah menemui natijah daripada pengamalan yoga secara sistematik kepada orang islam di Negara ini. Yoga yang merupakan salah satu daripada senaman yang menyihatkan tubuh badan, mengandungi unsur-unsur syirik yang dapat memesongkan akidah umat islam di Negara yang bertuah ini. Unsur-unsur ini dapat diterjemahkan dari segi perbuatan yoga itu sendiri dan mantera-mantera yang terdapat di dalamnya. Dari asalnya, benda-benda ini berasal daripada ajaran Buddha. Sekarang telah banyak Negara-negara telah mengharamkan pengamalan yoga seperti Arab Saudi dan lain-lain.

Yang menjadi persoalannya di sini, ada pihak ketiga yang tidak tahu menahu dalam ajaran islam, cuba campur tangan dalam fatwa pengharaman yoga oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Presiden India Sanggam Malaysia telah cuba mempersoalkan pengharaman yoga oleh majlis fatwa. Apakah beliau arif dalam agama Islam?..sepatutnya perkara ini tidak terjadi kerana fatwa ini khusus untuk orang islam. Bukan untuk agama lain.Beliau harus faham perkara sedemikian dan jangan cakap melulu saja tanpa memikirkan secara logik akal. Dari segi perlembagaan juga, di Malaysia bebas mengamalkan apa-apa agama tetapi bukan bebas campur tangan didalam urusan agama lain.

Oleh yang demikian seluruh rakyat di Negara ini harus faham dengan sensitiviti agama di Negara yang bertuah ini jika perpaduan ingin dikekalkan di Negara ini. Dan yang paling harus dihormati ialah agama lain dan perkara -perkara yang sudah dipersetujui dalam perlembagaan.

Isu Timbalan MCA

Timbalan Presiden MCA baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan yang berunsur hasutan dan menidakkan ketuanan Melayu di dalam BN di dalam blognya. Ini jelas menunjukkan beliau tidak mengerti dan memahami maksud perpaduan yang sering di laung-laungkan di dalam parti barisan nasional yang dianggotainya. Justeru menunjukkan perlembagaan Negara yang diketahuinya masih belum mencukupi.

Hasil daripada tindakanya, NGO melayu bangkit menyerahkan memorandum kepada beliau membidas perkara yang ditulis di dalam blognya. Sudah menjadi trend sekarang di dalam Negara, orang yang berkenaan menyalahkan media memutarbelitkan fakta yang ditulisnya di dalam blog. Masakan media boleh salah dengan tulisan. Kalau seseorang itu menulis ‘saya membunuh orang’ tetap dia membunuh bukan memukul. Itu satu persoalan yang cuba dimainkan oleh T.P. MCA ini. Kalau dahulu seorang pemimpin UMNO dari pulau pinang mengatakan kaum Cina kaum pendatang terus MCA ini membidas beliau dan meminta beliau meminta maaf tanpa menyuruh memberi alasan dan sebab. Tetapi mengapa bila tiba giliran MCA sendiri, kena siasat dulu dan meminta memberi alasan? Cuba kita renungkan sedikit persoalan ini.

T.P MCA ini harus sedar bahawa masyarakat yang berbilang bangsa di dalam Negara ini kurang senang dengan tindakan beliau tersebut apatah lagi dengan membawa imej lepas yang tidak senonoh. Jika kita imbaskan PRU yang lepas, kejayaan MCA (kerusi yang dimenangi MCA) adalah di kawasan majoritinya penduduk melayu.manakala kerusi yang majoritinya penduduk cina hampir semua tewas kepada DAP. Itupun beliau mahu menidakkan ketuanan Melayu.

Posted by shalalah

0 comments: