Menjauhkan diri dari melakukan maksiat sama ada yang besar atau yang kecil kerana ini merupakan penghalang besar untuk menjadi pejuang.

  • Memberikan perhatian mengenai sunnah perjuangan Islam (PAS) adalah payah. Bukan di hampari dengan permaidani merah.
  • Bersedia untuk berhadapan dengan halangan
  • Sentiasa mendampingi orang soleh dan berjiwa besar
  • Sentiasa mengkaji dan merujuk buku-buku sirah
  • Sentiasa mengingati mati dan siksa kubur
  • Sentiasa mengingati syurga dan neraka ini adalah balasan terakhir manusia
  • Melakukan muhasabah keatas diri dan mengkaji setiap masa
  • Keinginan diri sendiri untuk mempertingkatkan kerja parti.
  • Mesti merasakan kita boleh seperti orang lain boleh.
  • Merasa diri bersalah dengan Allah apabila melihat kemungkaran dan kezaliman bermaharajalela.
adaptasi drpd: harakahdaily
Posted by shalalah
Ahad, Disember 28, 2008 at 7:26:00 PG | 0 comments  
Tahun Baru ialah peristiwa yang diadakan apabila sesuatu budaya meraikan berakhirnya satu tahun dan bermulanya tahun berikutnya. Budaya-budaya yang mengikut kalendar tahunan semuanya menyambut Tahun Baru.

Maal Hijrah

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.

Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Januari

1 Januari merupakan hari pertama dalam kalendar Gregorian. Kalendar Gregorian yang disebarluas pada tahun 1582 tidak menetapkan 1 Januari sebagai Hari Tahun Baru ataupun hari pertama untuk tahun yang dinomborkannya.

England bermula menggunakan 1 Januari sebagai Hari Tahun Baru pada tahun 1752. Sebelum ini dan sejak abad ke-13, tahun baru bermula dengan 25 Mac sebagai "Hari Lady" ataupun "Hari Pengumuman Penjelmaan Semula Anak Dara Maria".

Terdapat 364 hari (atau 365 hari bagi tahun lompat)setahun sebelum memasuki tahun berikutnya.


Posted by shalalah
Hari ini 28/12/2008 selepas waktu maghrib tibalah kita ke arah tahun hijrah baru iaitu 1430H manakala tahun 1429 hijrah meninggal kita. Tanpa kita sedari bertambahlah umur kita dan hampirlah kita kepada kematian yang telah ditetapkan oleh allah kepada kita. Hari ini juga diadakan sambutan maal hijrah di masjid negeri selangor. Pihak masjid telah mengadakan satu forum perdana yang menarik dengan tajuk Akidah Sihat Hijrah Mantap. Ahli panelnya terdiri daripada Ustaz Farid Ravi dan Ustaz Dr. Zulkifli Muhammad al-Muqri. Disini mereka telah membincangkan tentang akidah yang patut ada oleh setiap umat islam supaya hijrah menjadi mantap selaras dengan tajuk forum.


Ustaz Ravi mengetengahkan kepada audien tentang ‘la tahzan’ kepada audien melalui ayat di dalam alquran. Allah telah merakamkan kisah hijrah Nabi Muhammad di dalam alquran dengan perbualan Rasullullah dengan Abu Bakar. Rasullullah bersabda supaya jangan takut ketika mereka bersembunyi di dalam Gua Thur. Ini tidak bermakna Abu Bakar tidak percaya kepada allah dengan kata lain kurang iman beliau tetapi untuk menunjukkkan kepada kita bahawa walau kritikal mana keadaan kita, ingatlah allah tetap bersama kita. Inilah satu bentuk akidah yang mahu dibentuk dalam diri umat islam kini.
Dr. Zulkifli memperumpamakan akidah itu sepertimana dalam kisah ini.”kita ketahui bahawa 1+1=2, tetapi suatu hari datang seorang prof dari universiti Harvard mendakwa menjalankan kajian dengan prof-prof terkenal dunia dan beliau mendapti bahawa 1+1=11. Adakah kita mempercayainya? tatkala itu untuk mahu orang menerima idea mereka, prof tersebut mengancam untuk membunuh kita jika tidak percaya dan menyuruh mengulang menyebut hasil kajiannya berpuluh ribu kali. Dimulut mungkin ya.....tetapi di dalam hati kita takkan menerima 1+1 itu 11”inilah yang ingin disampaikan kepada kita iaitu akidah.
Posted by shalalah
Selasa, Disember 09, 2008 at 6:58:00 PTG | 0 comments  

Yoga

Hasil penyelidikan seorang professor dari sebuah institusi pengajian tinggi tempatan telah menemui natijah daripada pengamalan yoga secara sistematik kepada orang islam di Negara ini. Yoga yang merupakan salah satu daripada senaman yang menyihatkan tubuh badan, mengandungi unsur-unsur syirik yang dapat memesongkan akidah umat islam di Negara yang bertuah ini. Unsur-unsur ini dapat diterjemahkan dari segi perbuatan yoga itu sendiri dan mantera-mantera yang terdapat di dalamnya. Dari asalnya, benda-benda ini berasal daripada ajaran Buddha. Sekarang telah banyak Negara-negara telah mengharamkan pengamalan yoga seperti Arab Saudi dan lain-lain.

Yang menjadi persoalannya di sini, ada pihak ketiga yang tidak tahu menahu dalam ajaran islam, cuba campur tangan dalam fatwa pengharaman yoga oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Presiden India Sanggam Malaysia telah cuba mempersoalkan pengharaman yoga oleh majlis fatwa. Apakah beliau arif dalam agama Islam?..sepatutnya perkara ini tidak terjadi kerana fatwa ini khusus untuk orang islam. Bukan untuk agama lain.Beliau harus faham perkara sedemikian dan jangan cakap melulu saja tanpa memikirkan secara logik akal. Dari segi perlembagaan juga, di Malaysia bebas mengamalkan apa-apa agama tetapi bukan bebas campur tangan didalam urusan agama lain.

Oleh yang demikian seluruh rakyat di Negara ini harus faham dengan sensitiviti agama di Negara yang bertuah ini jika perpaduan ingin dikekalkan di Negara ini. Dan yang paling harus dihormati ialah agama lain dan perkara -perkara yang sudah dipersetujui dalam perlembagaan.

Isu Timbalan MCA

Timbalan Presiden MCA baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan yang berunsur hasutan dan menidakkan ketuanan Melayu di dalam BN di dalam blognya. Ini jelas menunjukkan beliau tidak mengerti dan memahami maksud perpaduan yang sering di laung-laungkan di dalam parti barisan nasional yang dianggotainya. Justeru menunjukkan perlembagaan Negara yang diketahuinya masih belum mencukupi.

Hasil daripada tindakanya, NGO melayu bangkit menyerahkan memorandum kepada beliau membidas perkara yang ditulis di dalam blognya. Sudah menjadi trend sekarang di dalam Negara, orang yang berkenaan menyalahkan media memutarbelitkan fakta yang ditulisnya di dalam blog. Masakan media boleh salah dengan tulisan. Kalau seseorang itu menulis ‘saya membunuh orang’ tetap dia membunuh bukan memukul. Itu satu persoalan yang cuba dimainkan oleh T.P. MCA ini. Kalau dahulu seorang pemimpin UMNO dari pulau pinang mengatakan kaum Cina kaum pendatang terus MCA ini membidas beliau dan meminta beliau meminta maaf tanpa menyuruh memberi alasan dan sebab. Tetapi mengapa bila tiba giliran MCA sendiri, kena siasat dulu dan meminta memberi alasan? Cuba kita renungkan sedikit persoalan ini.

T.P MCA ini harus sedar bahawa masyarakat yang berbilang bangsa di dalam Negara ini kurang senang dengan tindakan beliau tersebut apatah lagi dengan membawa imej lepas yang tidak senonoh. Jika kita imbaskan PRU yang lepas, kejayaan MCA (kerusi yang dimenangi MCA) adalah di kawasan majoritinya penduduk melayu.manakala kerusi yang majoritinya penduduk cina hampir semua tewas kepada DAP. Itupun beliau mahu menidakkan ketuanan Melayu.

Posted by shalalah
Setelah Allah s.w.t.menciptakan bumi dengan gunung-gunungnya, laut-lautannya dan tumbuh - tumbuhannya, menciptakan langit dengan mataharinya,bulan dan bintang-bintangnya yang bergemerlapan menciptakan malaikat-malaikatnya ialah sejenis makhluk halus yangdiciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba terutama para rasul dan nabinya maka tibalah kehendak Allah s.w.t. untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi memeliharanya menikmati tumbuh-tumbuhannya,mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.

Para malaikat ketika diberitahukan oleh Allah s.w.t. akan kehendak-Nya menciptakan makhluk lain itu, mereka khuatir kalau-kalau kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu,disebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau karena pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disadari. Berkata mereka kepada Allah s.w.t.:"Wahai Tuhan kami!Buat apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami,padahal kami selalu bertasbih,bertahmid,melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-hentinya,sedang makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu,nescaya akan bertengkar satu dengan lain,akan saling bunuh-membunuh berebutan menguasai kekayaan alam yang terlihat diatasnya dan terpendam di dalamnya,sehingga akan terjadilah kerusakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu."

Allah berfirman,menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:
"Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku.Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepada nya,bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah,karena Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya."
Kemudian diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t.dari segumpal tanah liat,kering dan lumpur hitam yang berbentuk.Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna

Iblis Membangkang.

Iblis membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah seperti para malaikat yang lain,yang segera bersujud di hadapan Adam sebagai penghormatan bagi makhluk Allah yang akan diberi amanat menguasai bumi dengan segala apa yang hidup dan tumbuh di atasnya serta yang terpendam di dalamnya.Iblis merasa dirinya lebih mulia,lebih utama dan lebih agung dari Adam,karena ia diciptakan dari unsur api,sedang Adam dari tanah dan lumpur.Kebanggaannya dengan asal usulnya menjadikan ia sombong dan merasa rendah untuk bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang lain,walaupun diperintah oleh Allah.

Tuhan bertanya kepada Iblis:"Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?"
Iblis menjawab:"Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia.Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur."
Karena kesombongan,kecongkakan dan pembangkangannya melakukan sujud yang diperintahkan,maka Allah menghukum Iblis dengan mengusir dari syurga dan mengeluarkannya dari barisan malaikat dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pd.dirinya hingga hari kiamat.Di samping itu ia dinyatakan sebagai penghuni neraka.

Iblis dengan sombongnya menerima dengan baik hukuman Tuhan itu dan ia hanya mohon agar kepadanya diberi kesempatan untuk hidup kekal hingga hari kebangkitan kembali di hari kiamat.Allah meluluskan permohonannya dan ditangguhkanlah ia sampai hari kebangkitan,tidak berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu,bahkan sebaliknya ia mengancam akan menyesatkan Adam,sebagai sebab terusirnya dia dari syurga dan dikeluarkannya dari barisan malaikat,dan akan mendatangi anak-anak keturunannya dari segala sudut untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan bersamanya menempuh jalan yang sesat,mengajak mereka melakukan maksiat dan hal-hal yang terlarang,menggoda mereka supaya melalaikan perintah-perintah agama dan mempengaruhi mereka agar tidak bersyukur dan beramal soleh.

Kemudian Allah berfirman kepada Iblis yang terkutuk itu:
"Pergilah engkau bersama pengikut-pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi neraka Jahanam dan bahan bakar neraka.Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hamba-hamba-Ku yang telah beriman kepada Ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang mantap yang tidak akan tergoyah oleh rayuanmu walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan memfitnah."


Pengetahuan Adam Tentang Nama-Nama Benda.

Allah hendak menghilangkan anggapan rendah para malaikat terhadap Adam dan menyakinkan mereka akan kebenaran hikmat-Nya menunjuk Adam sebagai penguasa bumi,maka diajarkanlah kepada Adam nama-nama benda yang berada di alam semesta,kemudian diperagakanlah benda-benda itu di depan para malaikat seraya:"Cubalah sebutkan bagi-Ku nama benda-benda itu,jika kamu benar merasa lebih mengetahui dan lebih mengerti dari Adam."
Para malaikat tidak berdaya memenuhi tentangan Allah untuk menyebut nama-nama benda yang berada di depan mereka.Mereka mengakui ketidak-sanggupan mereka dengan berkata:"Maha Agung Engkau! Sesungguhnya kami tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu kecuali apa yang Tuhan ajakan kepada kami.Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana."

Adam lalu diperintahkan oleh Allah untuk memberitahukan nama-nama itu kepada para malaikat dan setelah diberitahukan oleh Adam,berfirmanlah Allah kepada mereka:"Bukankah Aku telah katakan padamu bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan."

Bersambung…
Posted by shalalah


"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang

dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam

akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di

sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara

menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu,

kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".

(Hadith sahih Al-Bukhari dan Muslim)


Akibat gementarnya puak2 yahudi tentang kebenaran hadith ini, maka dengan rancaknya mereka sekian lama mencari tapak untuk menanam pokok-pokok gharqad ini, dan kini telah ditanam secara meluas di tanah palestin. Betapa gilanya orang yahudi ini, yang menentang orang islam, tetapi dalam masa yang sama mempercayai kesahihan hadith ini. Disamping itu halaman ini Jewish National Fund.( <> ) yahudi ini ada satu dana kebangsaan yahudi yang khas untuk penanaman pokok.

Setakat ini, mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek2 lain. Yang menjadi persoalan apakah pokok yang ditanam oleh mereka itu….hanya allah saja yang tahu. Perbuatan orang yahudi ini yang mempercayai hadith yang disabdakan oleh nabi menunjukkan orang yahudi ini sememangnya mengakui kebenaran Islam tetapi tetap menentang Islam.



Posted by shalalah
Ahad, November 23, 2008 at 12:40:00 PG | 0 comments  
Perjalanan Pulang

Esok aku akan mulakan perjalanan balik ke rumah ke kampong aku yang terletak di Kampong Bukit Mukim Derang Pokok Sena Kedah…Dah banyak hari dah aku melepak kat rumah sewa nie..Tp sejak kena pindah dari rumah sewa lama, byk masalah kami dapt kat rumah sewa baru ni...Bil air pun melambung tinggi pasai ada rosak kat tangki air..Hmm..Byk kali mintak agen rumah nie Mr.Tan (bukan nama sebenar) tolong perbetulkan...tp macam tiada tindakan..So sapa2 nak sewa rumah kat section 7 jangan lah guna agen Mr. Tan nie.Lpas nie mmg kena betui2 jimat air...

Kat rumah sewa ini tidak ada apa yang menarik pun kecuali ada internet connection….2 yang buatkan aku stay nie..Tapi tujuan aku stay nk download citer one piece dah kesampaian…Tp x habis lg la..Nak buat koleksi..Insyallah esok ak nak nek bas transnasional balik ke Aloq Staq…Tiket dia mahal macam dulu lg. Walaupun kerajaan dh turunkan harga minyak, tp harga tiket tetap di charge dengan 30 % surcharge minyak…dari harga asal RM31.60 terus jadi RM41.20…Fuh…memang menyakitkan hati..Esok aku tolak dari Shah Alam nie pukul 9.30 pg lebih kurang macam tu lah…


Fuh!!!!...esok mesti penat perjalanan nek bas dari Shah Alam ke Aloq Staq…Lebih kurang 6 jam kot…siang pulak tu…memang boring nk mampus…Dah la balik sorang2…X dak kawan nk balik sekali..Depa pakat balik awai dah…Kepada kengkawan yang nak balik kampong..semoga selamat dalam perjalanan…& yang nk gi melancong 2…elok2…Sampai kat cni kot coretan ak…Sem depan sambung belajaq lagi kat Uitm nie semester 6….Hah satu lagi…ak tgh buat survey..vote la…Jgn malu pulak…penat 2 buat..Blog nie mungkin akan kurang bergerak dalam masa sebulan nie…tp sokong lah…Sem depan (29/12/2008) akan rancak kembali…Insyaallah..lyan citer di bawah nie dulu..


Posted by shalalah
Ahad, November 16, 2008 at 10:34:00 PG | 2 comments  
Dilema Politik Negara

Kita hidup di dalam negara yang bertuah ini dengan aman makmur tetapi sejak kebelakangan ini timbul isu politik negara yang tidak menentu setelah selesai nya PRU ke-12...apa pandangan anda selaku warganegara di negara bertuah ini...
Posted by shalalah

Sesungguhnya Allah sukakan orang-orang yang berjuang di jalan Nya dalam satu barisan seolah-olah satu binaan yang tersusun kukuh." (As Saff : 4)

Dalil Hadith dan Sunnah Rasulullah S.A.W

Maksudnya: "Hendaklah kamu berada dalam jama'ah kerana sesungguhnya berjama'ah itu adalah rahmat , sedangkan perpecahan itu merupakan azab." (Muslim)


Dalil Aqli (akal) berdasarkan kepada Waqi' (realiti) semasa.

Diperhatikan mereka yang menentang Islam, mereka bekerja secara pasukan. Sebab itu tidak boleh diterima syara' dan akal, musuh seperti ini dapat dihadapi dengan jayanya secara individu. Abu Bakar r.a pernah berkata kepada Khalid Al Walid: "Perangilah mereka sebagaimana mereka memerangi kamu, pedang dengan pedang, lembing dengan lembing dan panah dengan panah."

Jerussalem merupakan kota Suci bagi ketiga-tiga agama samawi yakni Islam, Yahudi dan Kristian. Di dalam kota inilah letaknya Masjid Al-Aqsa yang dibangun oleh Nabi Sulaiman dan menjadi Kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Baitullah di Makkah. Ketika Nabi Muhammad Isra', singgah dan solat di masjid ini sebelum Mi'raj ke langit. Nabi Isa as. juga dilahirkan di Baitullaham berdekatan kota Jerussalam ini.

Di masa pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab (13-23 H/634-644 M) Jerussalam dapat direbut oleh kaum Muslimin dalam suatu penyerahan kuasa secara damai. Khalifah Umar sendiri datang ke Jerussalem untuk menerima penyerahan kota Suci itu atas desakan dan persetujuan Uskup Agung Sophronius.

Berabad abad lamanya kota itu berada di bawah pentadbiran Islam, tapi penduduknya bebas memeluk agama dan melaksanakan ajaran agamanya masing-masing tanpa ada gangguan. Orang-orang Kristian dari seluruh dunia juga bebas datang untuk mengerjakan haji di kota Suci itu dan mengerjakan upacara keagamaannya.


Orang-orang Kristian dari Eropah datang mengerjakan haji dalam jumlah rombongan yang besar dengan membawa obor dan pedang seperti tentera. Sebahagian dari mereka mempermainkan pedang dengan dikelilingi pasukan gendang dan seruling dan diiringkan pula oleh pasukan bersenjata lengkap.

Sebelum Jerussalem ditadbir Kerajaan Seljuk pada tahun 1070, upacara seperti itu dibiarkan saja oleh umat Islam, kerana dasar toleransi agama. Akan tetapi apabila Kerajaan Seljuk memerintah, upacara seperti itu tidak dibernarkan, dengan alasan keselamatan. Mungkin kerana upacara tersebut semakin berbahaya. Lebih-lebih lagi kumpulan yang mengambil bahagian dalam upacara itu sering menyebabkan pergaduhan dan huruhara.

Disebutkan bahawa pada tahun 1064 ketua Uskup memimpin pasukan seramai 7000 orang jemaah haji yang terdiri dari kumpulan Baron-baron dan para pahlawan telah menyerang orang-orang Arab dan orang-orang Turki.

Itulah yang membimbangkan Kerajaan Seljuk. Jadi larangan itu demi keselamatan Jemaah haji Kristian itu sendiri. Malangnya, tindakan Seljuk itu menjadi salah anggapan oleh orang-orang Eropah. Ketua-ketua agama mereka telah berkempin bahawa kebebasan agamanya telah dicabuli oleh orang-orang Islam dan menyeru agar Tanah Suci itu dibebaskan dari genggaman umat Islam.

Patriach Ermite adalah paderi yang paling lantang dan bertungkus lumus mengapi-apikan kemarahan umat Kristian. Dia asalnya seorang tentera, tapi kemudian menjadi paderi, berwatak kepala angin dan cepat marah. Dalam usahanya untuk menarik simpati umat Kristian, Ermite telah berkeliling Eropah dengan mengenderai seekor kaldai sambil memikul kayu Salib besar, berkaki ayam dan berpakaian compang camping.


Dia telah berpidato di hadapan orang ramai sama ada di dalam gereja, di jalan-jalan raya atau di pasar-pasar. Dia menceritakan sama ada benar atau bohong kisah kunjungannya ke Baitul Maqdis.

Katanya, dia melihat pencerobohan kesucian ke atas kubur Nabi Isa oleh Kerajaan Turki Seljuk. Diceritakan bahawa jemaah haji Kristian telah dihina, dizalimi dan dinista oleh orang-orang Islam di Jerussalem. Serentak dengan itu, dia menggalakkan orang ramai agar bangkit menyertai perang untuk membebaskan Jerussalem dari tangan orang Islam. Hasutan Ermite berhasil dengan menggalakkan.


Paus Urbanus II mengumumkan ampunan seluruh dosa bagi yang bersedia dengan suka rela mengikuti Perang Suci itu, sekalipun sebelumnya dia merupakan seorang perompak, pembunuh, pencuri dan sebagainya. Maka keluarlah ribuan umat Kristian untuk mengikuti perang dengan memikul senjata untuk menyertai perang Suci. Mereka yang ingin mengikuti perang ini diperintahkan agar meletakkan tanda Salib di badannya, oleh kerana itulah perang ini disebut Perang Salib.

Paus Urbanus menetapkan tarikh 15 Ogos 1095 bagi pemberangkatan tentera Salib menuju Timur Tengah, tapi kalangan awam sudah tidak sabar menunggu lebih lama lagi setelah dijanjikan dengan berbagai kebebasan, kemewahan dan habuan. Mereka mendesak Paderi Patriach Ermite agar berangkat memimpin mereka.


Maka Ermite pun berangkat dengan 60,000 orang pasukan, kemudian disusul oleh kaum tani dari Jerman seramai 20.000, datang lagi 200,000 orang menjadikan jumlah keseluruhannya 300,000 orang lelaki dan perempuan. Sepanjang perjalanan, mereka di izinkan merompak, memperkosa, berzina dan mabuk-mabuk. Setiap penduduk negeri yang dilaluinya, selalu mengalu-alukan dan memberikan bantuan seperlunya.

Akan tetapi sesampainya di Hongaria dan Bulgaria, sambutan sangat dingin, menyebabkan pasukan Salib yang sudah kekurangan makanan ini marah dan merampas harta benda penduduk. Penduduk di dua negeri ini tidak tinggal diam. Walau pun mereka sama-sama beragama Kristian, mereka tidak senang dan bertindak balas. Terjadilah pertempuran sengit dan pembunuhan yang mengerikan. Dari 300,000 orang pasukan Salib itu hanya 7000 sahaja yang selamat sampai di Semenanjung Thracia di bawah pimpinan sang Rahib.

Apabila pasukan Salib itu telah mendarat di pantai Asia kecil, pasukan kaum Muslimin yang di pimpin oleh Sultan Kalij Arselan telah menyambutnya dengan hayunan pedang. Maka terjadilah pertempuran sengit antara kaum Salib dengan pasukan Islam yang berakhir dengan hancur binasanya seluruh pasukan Salib itu.




Kaum Salib Mengganas

Setelah kaum Salib yang dipimpin oleh para Rahib yang tidak tahu strategi perang itu musnah sama sekali, muncullah pasukan Salib yang dipimpin oleh anak-anak Raja Godfrey dari Lorraine Perancis, Bohemund dari Normandy dan Raymond dari Toulouse. Mereka berkumpul di Konstantinopel dengan kekuatan 150,000 askar, kemudian menyeberang selat Bosfur dan melanggar wliayah Islam bagaikan air bah. Pasukan kaum Muslimin yang hanya berkekuatan 50,000 orang bertahan mati-matian di bawah pimpinan Sultan Kalij Arselan.

Satu persatu kota dan Benteng kaum Muslimin jatuh ke tangan kaum Salib, memaksa Kalij Arselan berundur dari satu benteng ke benteng yang lain sambil menyusun kekuatan dan taktik baru. Bala bantuan kaum Salib datang mencurah-curah dari negara-negara Eropah. Sedangkan Kalij Arselan tidak dapat mengharapkan bantuan dari wilayah-wilayah Islam yang lain, kerana mereka sibuk dengan kemelut dalaman masing-masing.

Setelah berlaku pertempuran sekian lama, akhirnya kaum Salib dapat mara dan mengepung Baitul Maqdis, tapi penduduk kota Suci itu tidak mahu menyerah kalah begitu saja. Mereka telah berjuang dengan jiwa raga mempertahankan kota Suci itu selama satu bulan. Akhirnya pada 15 Julai 1099, Baitul Maqdis jatuh ke tangan pasukan Salib, tercapailah cita-cita mereka.

Berlakulah keganasan luar biasa yang belum pernah terjadi dalam sejarah umat manusia. Kaum kafir Kristian itu telah menyembelih penduduk awam Islam lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan sangat ganasnya. Mereka juga membantai orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian yang enggan bergabung dengan kaum Salib. Keganasan kaum Salib Kristian yang sangat melampau itu telah dikutuk dan diperkatakan oleh para saksi dan penulis sejarah yang terdiri dari berbagai agama dan bangsa.

Seorang ahli sejarah Perancis, Michaud berkata: "Pada saat penaklukan Jerussalem oleh orang Kristian tahun 1099, orang-orang Islam dibantai di jalan-jalan dan di rumah-rumah. Jerussalem tidak punya tempat lagi bagi orang-orang yang kalah itu. Beberapa orang cuba mengelak dari kematian dengan cara menghendap-hendap dari benteng, yang lain berkerumun di istana dan berbagai menara untuk mencari perlindungan terutama di masjid-masjid. Namun mereka tetap tidak dapat menyembunyikan diri dari pengejaran orang-orang Kristian itu.

Tentera Salib yang menjadi tuan di Masjid Umar, di mana orang-orang Islam cuba mempertahankan diri selama beberapa lama menambahkan lagi adegan-adegan yang mengerikan yang menodai penaklukan Titus. Tentera infanteri dan kaveleri lari tunggang langgang di antara para buruan. Di tengah huru-hara yang mengerikan itu yang terdengar hanya rintihan dan jeritan kematian. Orang-orang yang menang itu memijak-mijak tumpukan mayat ketika mereka lari mengejar orang yang cuba menyelamatkan diri dengan sia-sia.

Raymond d'Agiles, yang menyaksikan peristiwa itu dengan mata kepalanya sendiri mengatakan: "Di bawah serambi masjid yang melengkung itu, genangan darah dalamnya mencecah lutut dan mencapai tali kekang kuda."

Aksi pembantaian hanya berhenti beberapa saat saja, yakni ketika pasukan Salib itu berkumpul untuk menyatakan kesyukuran di atas kemenangan mereka. Tapi sebaik saja upacara itu selesai, pembantaian diteruskan dengan lebih ganas lagi.

Seterusnya Michaud berkata: "Semua yang tertangkap yang disisakan dari pembantaian pertama, semua yang telah diselamatkan untuk mendapatkan upeti, dibantai dengan kejam. Orang-orang Islam itu dipaksa terjun dari puncak menara dan bumbung-bumbung rumah, mereka dibakar hidup -hidup , diheret dari tempat persembunyian bawah tanah, diheret ke hadapan umum dan dikurbankan di tiang gantungan.

Air mata wanita, tangisan kanak-kanak, begitu juga pemandangan dari tempat Yesus Kristus memberikan ampun kepada para algojonya, sama sekali tidak dapat meredhakan nafsu membunuh orang-orang yang menang itu. Penyembelihan itu berlangsung selama seminggu. Beberapa orang yang berhasil melarikan diri, dimusnahkan atau dikurangkan bilangannya dengan perhambaan atau kerja paksa yang mengerikan."

Gustav Le Bon telah mensifatkan penyembelihan kaum Salib Kristian sebagaimana kata-katanya: "Kaum Salib kita yang "bertakwa" itu tidak memadai dengan melakukan berbagai bentuk kezaliman, kerosakan dan penganiayaan, mereka kemudian mengadakan suatu mesyuarat yang memutuskan supaya dibunuh saja semua penduduk Baitul Maqdis yang terdiri dari kaum Muslimin dan bangsa Yahudi serta orang-orang Kristian yang tidak memberikan pertolongan kepada mereka yang jumlah mencapai 60,000 orang. Orang-orang itu telah dibunuh semua dalam masa 8 hari saja termasuk perempuan, kanak-kanak dan orang tua, tidak seorang pun yang terkecuali.

Ahli sejarah Kristian yang lain, Mill, mengatakan: "Ketika itu diputuskan bahawa rasa kasihan tidak boleh diperlihatkan terhadap kaum Muslimin. Orang-orang yang kalah itu diheret ke tempat-tempat umum dan dibunuh. Semua kaum wanita yang sedang menyusu, anak-anak gadis dan anak-anak lelaki dibantai dengan kejam. Tanah padang, jalan-jalan, bahkan tempat-tempat yang tidak berpenghuni di Jerusssalem ditaburi oleh mayat-mayat wanita dan lelaki, dan tubuh kanak-kanak yang koyak-koyak. Tidak ada hati yang lebur dalam keharuan atau yang tergerak untuk berbuat kebajikan melihat peristiwa mengerikan itu."

Artikel dipetik dari buku Kisah 85 Kekasih Allah (Kisah Pejuang Islam) Jilid 3, Darul Nu'man, oleh Tuan Hj Ahmad Muhd Abd Ghaffar.

Posted by shalalah